Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anugerah Enterprise 50 tahun 2024 bakal mengiktiraf pencapaian 50 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang bertujuan meraikan semangat keusahawanan Malaysia

Anugerah Enterprise 50 rai usahawan tempatan

ByWilly Jali

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Program Anugerah Enterprise 50 bagi tahun 2024 kali ini bakal mengiktiraf pencapaian 50 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang bertujuan meraikan semangat keusahawanan Malaysia.

Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Bernard Giluk Dompok berkata, Anugerah Amalan ESG Terbaik E50 merupakan anugerah yang pertama kali diperkenalkan bagi memperakui syarikat PMKS yang menjadikan ESG sebagai agenda utama dalam perniagaan.

“Daripada 50 PMKS yang akan diumumkan sebagai pemenang, 10 penerima teratas akan disenaraikan semasa aidang media namun kedudukan sebenar hanya akan diumumkan pada malam ini. Selain itu, tiga penerima anugerah khas akan diumumkan iaitu Anugerah Usahawan Wanita Terbaik E50, Anugerah Usahawan Eksport Terbaik E50, dan Anugerah Amalan ESG Terbaik E50.

“Ini merupakan kali pertama SME Corp. Malaysia memperkenalkan Anugerah Amalan ESG Terbaik E50 bagi memperakui syarikat PMKS yang menjadikan ESG sebagai agenda utama dalam perniagaan,” katanya menerusi ucapan aluan pada Sidang Media Anugerah E50.

Bertemakan ‘Meraikan Semangat Keusahawanan Malaysia’, anugerah ini berjaya menunjukkan komitmen PMKS yang berdaya saing dan berdaya tahan serta mampu menghadapi cabaran global dengan semangat keusahawanan yang jitu selain meningkatkan penjenamaan syarikat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Dato Nainy menyatakan, pencalonan kali ini mencatatkan jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan dan kebanyakannya penerima anugerah berada dalam sektor perkhidmatan.

“Sebanyak 122 pencalonan telah diterima iaitu jumlah pencalonan tertinggi yang pernah dicatatkan. Namun demikian, hanya 105 syarikat dapat mengemukakan dokumen lengkap dan layak untuk diberi penilaian lanjut berdasarkan aspek kewangan dan bukan kewangan.

“Majoriti penerima anugerah berada dalam sektor perkhidmatan, beroperasi di Lembah Klang, dan menerima empat Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan (SCORE). Pada tahun ini, sebanyak 16 atau 32 peratus syarikat penerima Anugerah E50 terdiri daripada syarikat milikan wanita,” ujarnya.

Memasuki edisi ke-24, anugerah yang dianjurkan dengan kerjasama SME Corp. Malaysia dan Deloitte Malaysia dan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kali ini bakal menawarkan hadiah yang lumayan kepada para pemenang.

Antaranya pemenang akan menerima pelbagai manfaat seperti penjenamaan dan promosi menerusi liputan media oleh Media Prima Omnia, perkhidmatan penilaian kredit dan karbon oleh RAM Rating Services Berhad, pakej pengiklanan digital oleh KLIA TV dan Malaysia SME serta pakej Unifi Mobile 5G postpaid Biz39.

Menariknya kali ini, pemenang juga bakal menikmati green lane bagi kemudahan pembiayaan sehingga RM500,000 menerusi Digital Financing Initiative (DFI) di bawah SME Corp. Malaysia melalui microLEAP.

SME Corp. Malaysia dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), bermatlamat membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia yang berkeupayaan dan berdaya tahan agar mampu berdaya saing di pasaran global.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan