Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri hingga 9 malam ini. Foto hiasan Envato

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 6.20 petang memaklumkan keadaan itu berlaku di Kedah (Langkawi, Sik dan Baling) dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Keadaan sama juga berlaku di Terengganu (Dungun dan Kemaman); Pahang (Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin); serta Johor (Segamat).

Turut tersenarai, Sarawak iaitu Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan