Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iszuan (dua kiri) menyerahkan cenderamata kepada Paulus (tiga kiri) pada program tersebut. Foto TVS

20 projek di Batu Danau dilaksanakan dengan kos RM5 juta

LIMBANG, 26 OKT: Lebih 20 projek di bawah Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) kawasan DUN Batu Danau berjaya dilaksanakan dan disiapkan dengan peruntukan hampir RM5 juta tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang berkata, hanya beberapa projek yang tertangguh pembinaannya disebabkan faktor cuaca seperti hujan, kawasan yang tidak dapat dilalui kenderaan dan sebagainya.

Menurutnya, setakat ini kawasan Batu Danau yang turut meliputi kawasan Medamit tidak berdepan projek sakit.

“Memang ada projek yang tertangguh, tetapi kita nampak kemajuan sebab kontraktor berusaha untuk menyiapkan secepat mungkin jadi kita berharap projek yang telah dilaksanakan untuk tahun ini dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Hari Keluarga Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Batu Danau di Kampung Bukit Gudang hari ini.

Turut sama ialah Wakil Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Iszuan Haron.

Paulus menjelaskan, antara projek RTP yang berjaya disiapkan tahun ini ialah naik taraf jalan simen ke Kampung Buluh Balui, Kampung Batu Danau dan beberapa kampung lain, bina baru Dewan Kampung Tubai Baru, Kampung Tanah Merah, pembinaan jalan perkuburan dan simpang ke kampung, naik taraf jalan pertanian dan projek lain.

Jelasnya, kebanyakan projek melibatkan pembinaan dewan, gelanggang futsal, laluan perhubungan, jalan pertanian, kerja menaik taraf jalan, projek kecil dan sebagainya.

Selain RTP katanya, projek di bawah Kerajaan Pusat melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) turut dilaksana termasuk menaik taraf jalan, surau, gereja dan projek lain.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan