Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pesara mengalami kerugian lebih RM478,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di media sosial. Foto Envato

Wang simpanan pesara lebih RM478,000 lesap angkara pelaburan tidak wujud

ByBernama

KUANTAN, 25 Okt: Seorang pesara mengalami kerugian lebih RM478,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di media sosial.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya lelaki berusia 69 tahun itu telah berminat dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi laman Facebook pada Julai lepas.

Beliau berkata mangsa turut diberikan pautan untuk memuat naik sistem pelaburan berkenaan selain suspek telah memberikan latihan menerusi aplikasi WhatsApp serta meyakinkan warga emas itu boleh mendapat keuntungan sehingga 300 peratus daripada jumlah saham yang dilabur.

“Justeru, mangsa telah membuat pemindahan wang simpanannya berjumlah lebih RM478,000 dengan 33 kali transaksi ke empat akaun yang diberikan oleh suspek bermula 10 Sept sehingga Selasa lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa mula curiga apabila wang yang dilabur tidak dapat dikeluarkan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan tinggi.

Katanya masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan