Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SEB menyokong penuh peralihan tenaga serantau yang adil dan inklusif melalui penganjuran Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW 2024) yang berlangsung baru-baru ini. Foto Sarawak Energy (FB)

SIEW 2024: SEB sokong peralihan tenaga serantau yang inklusif

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 25 Okt: Sarawak Energy Berhad (SEB) menyokong peralihan tenaga serantau yang inklusif menerusi Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW 2024) yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Datuk Sharbini Suhaili berkata, pihaknya menekankan keperluan usaha bersepadu dalam kalangan negara di Asia Tenggara untuk membentuk rangka kerja yang komprehensif menerusi dasar tenaga pandang ke hadapan bagi membimbing peralihan tenaga di rantau ini.

“Sektor swasta memerlukan sokongan daripada kerajaan untuk memudahkan penyampaian grid kuasa ASEAN, yang membolehkan perkongsian sumber tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan negara jiran, selain memastikan peralihan tenaga yang adil dan inklusif di rantau ini,” katanya ketika berucap pada dua sidang pleno di SIEW 2024, baru-baru ini.

Sharbini berkata, SEB kekal komited terhadap visi tersebut dan telah meningkatkan usaha melalui penubuhan grid Borneo yang menghubungkan Sabah serta Kalimantan di Indonesia dan Brunei Darussalam.

Jelasnya, perhubungan rentas sempadan mampu dipermudah menerusi kerjasama memperkasakan sektor swasta dalam pelaksanaan projek kesalingsambungan.

Pada SIEW 2024, Sharbini juga berkongsi pendapat Sarawak mengenai tenaga boleh diperbaharui yang dipacu kuasa hidro dalam menyumbang kepada keselamatan tenaga sementara memberikan dorongan untuk menyahkarbon.

“Datuk Sharbini Suhaili menekankan kepentingan mengimbangi tenaga trilemma, memastikan keselamatan tenaga, kemampuan dan kemampanan sambil memodenkan grid dengan penyelesaian teknologi inovatif untuk menguruskan ‘intermittency’ dan kestabilan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut mencatatkan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menyampaikan ucap tama pada hari pertama SIEW 2024 yang menekankan tumpuan Sarawak terhadap pertumbuhan sosio-ekonomi melalui tenga boleh diperbaharui termasuk kuasa hidro dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. -TVS

Tags: SEB, SIEW 2024

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan