Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) 2024, di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Sarawak teroka potensi OTEC jana tenaga baharu di perairan Miri

ByAdlina Rahman

KUCHING, 25 Okt: Sarawak kini meneroka sumber tenaga bersih baharu dengan menerima pakai teknologi ‘Ocean Thermal Energy Conversion’ (OTEC) di perairan Miri yang berupaya menghasilkan tenaga mampan melalui perbezaan suhu panas permukaan air laut dan suhu sejuk dalam laut.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan inisiatif itu ekoran penghasilan tenaga melalui OTEC berpotensi untuk menghasilkan lebih 10gw (gigawatt) tenaga kepada wilayah ini.

“Sarawak yang berada di pelantar benua (continental shelf) memiliki lautan yang tidak begitu dalam. Ini bermakna di paras laut tersebut suhu yang panas di atas permukaan air laut dan suhu di bawah laut yang sejuk tentu sekali dapat mengeluarkan tenaga yang baharu daripada laut.

Ia mungkin akan dilakukan di lautan Miri. Kalau lautan miri dapat mengeluarkan tenaga baharu ini, ia mungkin boleh mengeluarkan lebih daripada 10gw,” kata beliau.

Sementara itu, Abang Johari menyatakan sekiranya tenaga itu berjaya dihasilkan, ia akan turut menjadi daya tarikan untuk pelabur luar melabur ke Sarawak sekali gus memupuk ekonomi negeri.

“Ini akan menjana ekonomi kita dan memberi kepada pendapatan negeri, serta mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Jika sektor swasta kita memberi pendapatan tinggi, rakyat akan mendapat pendapatan yang lebih,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) 2024, di sebuah hotel terkemuka di sini, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan