Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian semasa sidang media Sarawak Bookfair And The Sarawak Authors Festival di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Perhebatkan kegiatan penulisan buku di Sarawak menjelang 2030

KUCHING, 25 Okt: Sarawak memerlukan lebih banyak penulisan buku menjelang tahun 2030 bagi mempersiapkan masyarakat dengan pelbagai ilmu dan informasi selain menggalakkan tabiat membaca, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurut beliau direkodkan sejumlah 648 buah buku sahaja ditulis di Sarawak pada tahun 2023 iaitu ia kurang daripada nisbah satu buku per seribu orang.

Dr Sim menambah, bagi mencapi aspirasi Sarawak sebagai negeri maju menjelang tahun 2030, wilayah ini memerlukan sekurang-kurangnya penulisan 2,800 buku baharu dalam setiap tahun sebagai langkah menyediakan lebih banyak pengetahuan kepada orang ramai.

“Jadi pada tahun lepas untuk Sarawak, kita hanya ada 648 judul bermakna hanya 648 orang yang menulis buku tetapi pada masa Sarawak menjadi negeri maju, kita sepatutnya mempunyai nisbah satu per setiap 1,000.

“Kita mempunyai 2.8 juta penduduk jadi sepatutnya 2,800 judul atau 2,800 buku dan jadi kita masih jauh untuk dan seperti yang Premier selalu katakan bahawa beliau mahu mengubah Sarawak dengan memberikan banyak pendidikan dan salah satunya melalui pembacaan bermakna anda perlu banyak membaca,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sarawak Bookfair And The Sarawak Authors Festival di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Jumaat.

Tambahnya, perkara ini amat penting untuk pembangunan Sarawak pada masa-masa akan datang dikenakan wilayah ini memerlukan lebih banyak buku-buku serta bakat dalam bidang penulisan ini.

Jelasnya, amalan membaca juga perlu ditingkatkan tanpa perlu mengira genre buku yang dibaca sebaliknya untuk memupuk sikap yang positif ini dalam diri masing-masing.

“Jadi saya harap anda semua media dapat membantu kami untuk berkongsi semua ini kerana ia sangat penting bagi pembangunan di Sarawak kerana menjelang tahun 2030, kita memerlukan banyak ilmu Kita memerlukan banyak bakat kita sendiri.

“Ilmu itu bermakna kita perlu ada banyak pembacaan dan itu sama ada fiksyen, bukan fiksyen, saintifik Kami mahu orang ramai mempunyai tabiat baik itu,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan