Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan. Foto fail Bernama

Pemandu mabuk langgar murid tahun lima di Port Dickson direman

ByBernama

PORT DICKSON, 25 Okt: Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan seorang murid Tahun Lima yang sedang melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson, di sini semalam.

Ketua Polis Port Dickson Supt. Maslan Udin berkata kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Myvi dan seorang murid lelaki yang sedang melintas jalan pada kira-kira pukul 7.10 pagi.

Beliau berkata kejadian berlaku apabila pemandu lelaki berumur 28 tahun dalam perjalanan dari pekan Port Dickson menghala ke arah Teluk Kemang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, semasa pelajar sekolah itu melintas jalan ke sekolah, pemandu kereta gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar pelajar berkenaan. Akibat kemalangan tersebut, pelajar itu mengalami kecederaan patah pada ibu jari kaki kanan serta luka di kaki dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata polis telah menahan pemandu berkenaan, dan ujian saringan alkohol menunjukkan bacaan alkohol sebanyak 203mg alkohol/100ml darah, yang melebihi had 153mg alkohol/100ml darah.

Maslan berkata pemandu berkenaan direman selama tiga hari bermula semalam dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 44 (14) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan