Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera petang Khamis, dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas. Foto AFP

Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera serangan udara Israel di Jabalia, Utara Gaza

ByBernama

BANDARAYA GAZA, 25 Okt: Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera petang Khamis, dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas, lapor Agensi Anadolu.

“Pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan sedang berlaku di Jabalia, dengan lebih 150 syahid dan cedera akibat tembakan Israel. Tiada siapa yang bergerak untuk menyelamatkan mereka,” kata perkhidmatan pertahanan awam Gaza dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menambah bahawa tentera Israel menyasarkan rumah milik keluarga Najjar, Abu Al-Ouf, Salman, Hijazi, Abu Al-Qumsan, Aqel Abu Rashid, Abu Al-Tarabish, Zaqoul, dan Shaalan.

“Pasukan pendudukan (Israel) mengebom seluruh blok kediaman di kawasan itu, dan penduduk menyeru bantuan untuk mengangkut mangsa yang cedera sehingga kini,” menurut kenyataan itu.

“Penduduk menghadapi kesulitan besar untuk mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera selepas tentera Israel mengganggu operasi pertahanan awam dan perkhidmatan perubatan di bahagian utara Gaza.”

Tentera Israel membuat kepungan di utara kira-kira tiga minggu lepas, menyerang dari udara dan darat, mengepung hospital dan tempat perlindungan pelarian serta mengarahkan penduduk menuju ke selatan. Hospital di kawasan itu sama ada telah berhenti menyediakan perkhidmatan perubatan atau beroperasi dengan amat terhad kerana serangan itu.

Jumlah keseluruhan korban akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas kini menghampiri 43,000 orang. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan