Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

KKM kekal pendirian laksana Akta 852 – Dzulkefly

ByBernama

PUTRAJAYA, 25 Okt: Kementerian Kesihatan (KKM) kekal dengan pendirian dan tidak akan membuat ‘pusingan U’ terhadap pelaksanaan larangan pameran produk merokok mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tempoh penguatkuasaan pendidikan selama enam bulan bagi pelaksanaan itu adalah mencukupi.

“Sudah pastinya (kekal dengan pendirian) sebab itu kita berikan tempoh enam bulan untuk berbincang dan mengadakan libat urus (dengan peniaga). Ada mendakwa mahal (kos tambahan ubah suai premis) itupun akan kita bincang nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat lbu Pejabat KKM di sini hari ini.

Dzulkefly berkata beliau yakin pasti ada penyelesaian terbaik melalui kaedah perbincangan dan libat urus bersama peniaga serta industri.

Pada 16 Okt lepas, Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-Peniaga Barang-Barang Runcit Malaysia (FSGMAM) meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan larangan pameran produk tembakau yang berkuat kuasa April tahun hadapan.

Ini memandangkan kebanyakan peruncit masih keliru tentang garis panduan larangan dan setiap pemilik premis perlu menanggung kos hingga RM6,000 untuk mengubah suai rak susunan di kedai bagi mematuhi peraturan bawah Akta 852 yang diwartakan 1 Okt lepas.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata KKM mengambil maklum isu kain pakaian seragam jururawat dan bersedia membawa isu itu ke mesyuarat pasca-Kabinet KKM.

Dzulkefly berkata beliau yakin pengurusan tertinggi KKM bersedia memberi pertimbangan terhadap kaedah terbaik termasuk memberi suntikan baharu.

Semalam Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan ada kain seragam yang dibekalkan kepada jururawat bukan sahaja keras dan tebal malah berwarna putih kekuningan.

Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat dilaporkan berkata isu bekalan kain putih tidak berkualiti untuk pelbagai jawatan dalam KKM sudah lama dibangkitkan tetapi tiada tindakan dilakukan bahagian pembekalan kementerian itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan