Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dokumentari khas Takhta Raja Payung Negara: Istiadat Pertabalan YDPA ke-17. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Dokumentari khas Istiadat Pertabalan Agong ke-17 disiar Ahad ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Sebuah dokumentari khas mengenai Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim bakal disiarkan menerusi platform rasmi YouTube Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 8 malam, Ahad ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dokumentari khas “Takhta Raja Payung Negara: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17” memberi tumpuan kepada detik-detik bersejarah upacara pertabalan, aspek budaya, tradisi serta persiapan di sebalik peristiwa penting itu.

“Istiadat ini juga menonjolkan warisan institusi Diraja Malaysia, dengan setiap elemen majlis pertabalan dirancang teliti, melambangkan kedaulatan dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia.

“Menerusi dokumentari ini, rakyat dapat melihat lebih dekat proses, persiapan dan keunikan istiadat berkenaan sekali gus memberi penghormatan kepada adat Istiadat Diraja yang diamalkan sejak turun-temurun,” menurut hantaran itu.

Rakaman di sebalik tabir penghasilan dokumentari berkenaan dihasilkan oleh tenaga produksi Johor Royal Press Office dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat Istana Negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan