Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pro-Canselor Curtin University Malaysia, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan (tengah) bersama Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin (kanan) semasa sidang media Majlis Curtin University di sini, hari ini. Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Curtin Malaysia lancar jurusan berkaitan tenaga mampan, realisasikan aspirasi Sarawak

ByVanessa Enjop

MIRI, 25 Okt: Pelancaran jurusan Program Kejuruteraan Tenaga dan penubuhan Pusat Penyelidikan dan Usaha Tenaga Baru dan Mampan (CONSERV) merupakan antara inisiatif Curtin University Malaysia merealisasikan aspirasi Sarawak melahirkan bakat baharu seiring masa depan yang lebih canggih dan lestari.

Pro-Canselor Curtin Malaysia, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata institusi milik kerajaan negeri itu komited memperkukuh kedudukannya dalam menguasai Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), tenaga mampan, dan ekonomi digital yang pesat berkembang.

“Pusat ini, bersama stesen ujian hidrogen dan stesen pengisian bahan api kami, bertujuan memenuhi permintaan bakat khusus dalam sektor tenaga, khususnya dalam teknologi hidrogen – fokus utama dalam peralihan tenaga mampan Sarawak,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, Curtin Malaysia juga mengukuhkan jaringan pendidikan menerusi kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama seperti PETROS dan Sarawak Energy, selari dengan aspirasi negeri untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

“Curtin Malaysia berbangga menyokong visi Sarawak untuk tahun 2030. Kami akan terus berinovasi, bekerjasama, dan memberi inspirasi dalam membina masa depan yang lebih cerah, mampan, dan makmur buat negeri kita,” tambahnya.

Curtin juga terus menerajui inovasi digital dengan menganjurkan Capture The Flag (CTF) Hackathon 2024 bersama Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) di Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024.

Dalam pada itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, memaklumkan untuk memberi peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan Pusat Kecemerlangan Digital, pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Curtin University Malaysia ke-25 pada bulan Jun lalu.

Hadir sama Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin/ – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan