Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat perniagaan oleh BPMB kepada Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie. Turut kelihatan, Sainursalwa Sani (tiga kiri). Foto UKAS

BPMB serah zakat perniagaan kepada Tabung Baitulmal Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 25 Okt: Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2023 kepada Majlis Islam Sarawak melalui Tabung Baitulmal Sarawak.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan BPMB, Sainursalwa Sani berkata penyerahan zakat perniagaan tersebut dilakukan melalui Kumpulan Pengurusan Syariah BPMB bagi pembangunan asnaf di Sarawak.

“Untuk tahun 2023, zakat yang disumbangkan berjumlah RM525,500 dan pastinya ada peningkatan dari tahun sebelumnya.

“Jumlah ini adalah antara yang terbesar diberikan oleh BPMB dan kami berharap ia dapat memberi manfaat besar terhadap asnaf di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Kumpulan BPMB yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie menerima zakat berkenaan yang disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir, Timbalan Ketua Sektor Operasi Mohammad Yusree Mohd Zain dan Ketua Perundangan, Tadbir Urus dan Perkhidmatan Korporat Kumpulan BPMB Aidil Haznul Zulkifli. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan