Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif AZAM, Ali Suhaili dan Charles Siaw pada majlis penutupan Kursus Protokol, Etika, Pengurusan Acara di Kuching pada Khamis. Foto AZAM

AZAM anjur kursus pengacara majlis November ini

ByConnie Grace

KUCHING, 25 Okt: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) bakal menganjurkan kursus pengacara majlis pada November ini.

AZAM menerusi kenyataan memaklumkan penganjuran Emcee Training 2.0 adalah susulan kejayaan Kursus Protokol, Etika dan Pengurusan Majlis AZAM Sarawak yang berakhir semalam.

“Kursus (pengacara majlis) ini direka khusus untuk melatih individu agar lebih mahir dan profesional dalam peranan sebagai pengacara majlis, memastikan majlis dapat dikendalikan dengan penuh keyakinan, kesopanan dan ketepatan,” katanya.

Bagi organisasi atau individu yang berminat untuk menyertai Emcee Training 2.0, sila ikuti media sosial rasmi AZAM Sarawak untuk maklumat terkini atau hubungi Sekretariat AZAM untuk sebarang pertanyaan.

Dalam pada itu, bengkel intensif selama dua hari mengenai Protokol, Etika, dan Pengurusan Majlis memberi tumpuan kepada tiga elemen utama iaitu Protokol, Etika, dan Pengurusan Majlis.

“Ini penting dalam memastikan majlis rasmi berjalan dengan lancar, mematuhi prosedur protokol yang ditetapkan serta menghormati sensitiviti budaya dan hierarki, terutamanya dalam konteks tadbir urus negeri,” kata kenyataan itu.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Strategik merangkap Ahli Lembaga Pengarah AZAM Sarawak, Charles Siaw latihan ini memberi impak yang besar kepada para peserta, terutama dalam membantu mereka memahami dan mengaplikasikan protokol dengan lebih berkesan dalam majlis rasmi.

“Latihan ini bukan sahaja memberi pengetahuan teknikal, tetapi juga peluang untuk peserta mendalami amalan protokol dan etiket yang penting dalam memastikan kelancaran majlis rasmi.

“Saya yakin latihan ini akan memberi kesan positif dalam pelaksanaan majlis besar di masa hadapan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan