Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Di kedudukan teratas dalam ranking FIFA. Foto AFA - Selección Argentina (FB)

Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas

ByBernama

BERLIN, 25 Okt: Juara dunia Argentina kekal di tangga teratas dalam ranking bola sepak lelaki terbaru yang dikeluarkan oleh badan induk FIFA pada Khamis, manakala Jerman semakin menghampiri untuk kembali ke kelompok 10 teratas, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Argentina mendahului, namun Perancis di tempat kedua dan juara Euro 2024, Sepanyol, semakin hampir apabila mereka memenangi dua perlawanan Liga Negara-Negara, manakala Argentina hanya seri dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Walaupun 10 pasukan teratas kekal tidak berubah, Portugal naik satu tangga ke tempat ketujuh dan Itali naik ke tempat kesembilan, mengatasi Belanda dan Colombia.

Jerman pula naik dua tangga ke tempat ke-11 selepas dua kemenangan terbaru mereka dalam Liga Negara-Negara, selepas memulakan tahun ini di tempat ke-16. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan