Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Penyerahan Tangki Air Kepada Penduduk Asajaya di Kampung Serpan Laut, Asajaya, hari ini. Foto TVS

25 kampung di Asajaya terima tangki air, penyelesaian jangka pendek atasi gangguan bekalan air

ASAJAYA, 25 Okt: Pemberian tangki air kepada penduduk di 25 kampung di kawasan Asajaya merupakan penyelesaian jangka pendek sementara menunggu paip air ditukar sepenuhnya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata gangguan bekalan air termasuk tekanan rendah adalah ekoran pertambahan rumah di kampung-kampung berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata keadaan itu diburukkan lagi dengan saluran paip air yang lama dan tidak berupaya menampung tekanan air yang tinggi mengikut pemintaan semasa.

“Perkara ini sudah dibincang di peringkat kabinet dan kita sedang berusaha untuk menukar semua jaringan paip untuk penyaluran air termasuk elektrik.

“Sementara menunggu perubahan atau penukaran ini berlaku sepenuhnya ekoran daripada tekanan air tidak begitu menentu, kita membekalkan tangki-tangki air ke kampung-kampung terlibat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Tangki Air Kepada Penduduk Asajaya di Kampung Serpan Laut di sini, hari ini.

Sebanyak 605 tangki air diserahkan kepada penduduk di 25 kampung di kawasan DUN berkenaan pada majlis tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan