Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allen Wong berkata Projek Penjagaan Alzheimer yang bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit Alzheimer serta memberikan latihan penjagaan kepada komuniti. Foto TVS

Rotary Club Bintulu Central lancar Projek Penjagaan Alzheimer

BINTULU, 24 Okt: Rotary Club Bintulu Central (RCBC) melancarkan Projek Penjagaan Alzheimer yang bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit Alzheimer serta memberikan latihan penjagaan kepada komuniti.

Presiden RCBC, Allen Wong Ching Seng berkata, inisiatif selari dengan keperluan mendesak untuk menangani isu Alzheimer yang kian meningkat di Malaysia terutama dalam kalangan warga emas.

Melalui Projek Penjagaan Alzheimer, RCBC berharap dapat menjadikan komuniti lebih peka terhadap tanda-tanda awal penyakit berkenaan seterusnya menyediakan mekanisma sokongan diperlukan pesakit dan keluarga mereka.

“RCBC adalah sebuah kelab khidmat masyarakat dan misi kami adalah membantu golongan memerlukan, terutamanya komuniti luar bandar. Saya bertemu dengan Presiden Yayasan Alzheimer Malaysia (ADFM), Dato Jeffrey, semasa dalam perjalanan, dan beliau berkongsi pengalaman serta cerita tentang penyakit Alzheimer.

“Perkongsian itu membuka mata saya terhadap isu ini di Malaysia, lalu saya mencadangkan projek ini kepada ahli kelab dan kami terdorong untuk melaksanakannya,” katanya.

Tambah Allen, projek tersebut bertindak sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Alzheimer seterusnya meningkatkan kualiti hidup pesakit serta penjaga mereka.

Beliau juga turut menekankan keperluan untuk melibatkan semua pihak bagi menangani peningkatan kes penyakit Alzheimer.

“Dari statistik, kita tahu seorang daripada sepuluh warga emas menghidap Alzheimer. Jumlah pesakit penyakit ini semakin meningkat, jadi kami rasa ini masa yang tepat untuk memulakan projek ini.

“Melalui projek ini, sakit akan dijaga dengan baik, bukan hanya dibiarkan di rumah atau ditinggalkan di rumah orang tua,” katanya.

Dalam perlaksanaan projek tersebut, RCBC juga menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk ADFM, KKM, dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, bagi membantu komuniti dan memastikan kesinambungan projek.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan