Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raphinha cipta hatrik tewaskan juara enam kali UEFA. Foto AFP

Raphinha cipta hatrik tewaskan juara enam kali UEFA

BARCELONA, SEPANYOL, 24 Okt : Jurulatih Barcelona Hansi Flick berkata masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa pasukannya adalah pesaing terkuat untuk memenangi Liga Juara-Juara eropah musim ini walaupun selepas mereka menewaskan pemenang enam kali Bayern Munich 4-1 awal pagi tadi.

Kali terakhir pasukan Catalan memenangi trofi itu adalah pada 2015 dan telah tewas enam perlawanan sebelum ini ketika menentang Bayern.

Dalam aksi di Stadium Olimpik itu bekas pemain sayap Leeds United, Raphinha menjaringkan hatrik buat Barca.

“Ia terlalu awal (untuk mengatakan kami pesaing), kami baru memulakan musim, kami berada di jalan yang panjang dalam La Liga dan Liga Juara-Juara.

“Kami menyasarkan untuk bermain demi perlawanan dan kami sedang mempersiapkan diri seperti itu,” kata Hansi Flick kepada pemberita.

Pendahulu La Liga, Barcelona, berdepan juara Sepanyol dan Eropah, Real Madrid pada Sabtu ini dalam pertarungan Clasico yang akan menjadi satu lagi ujian penting untuk pasukan Flick.

“Kami jelas sangat berbangga dengan keputusan malam ini tetapi pada Sabtu satu lagi perlawanan sukar menentang pasukan dengan nama yang semua orang tahu,” katanya.

Raphinha membuka jaringan pada minit pertama perlawanan dan kemudiaannya bayern bangkit menyamakan kedudukan melalui jaringan Harry Kane pada minit ke-18.

Pada minit ke-36 Robert Lewandowski meletakkan Barca kembali di hadapan bagi kedudukan 2-1.

Dua lagi serangan oleh pemain kebangsaan Brazil Raphinha, pada penampilan ke-100nya untuk kelab itu, mengesahkan kemenangan Barcelona.

“Raphinha bagi saya adalah contoh yang sangat baik tentang cara kerja berpasukan, Raphinha adalah seorang yang sentiasa memberikan segala-galanya dalam latihan dan juga dalam permainan, dia bermain dengan banyak intensiti,” kata Flick. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan