Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesta Buku Big Bad Wolf bermula 24 Oktober hingga 4 November 2024 di Miri.

Pesta buku terbesar berlangsung di Miri

BySalasiah Safian

MIRI, 24 Okt: Pesta buku terbesar iaitu Big Bad Wolf berlangsung buat pertama kalinya di Miri bermula 24 Oktober hingga 4 November.

Ia menawarkan pelbagai pilihan buku Bahasa Inggeris dengan diskaun sehingga 90 peratus melibatkan pelbagai genre.

H&G Communications Sdn Bhd dalam kenyataan menyatakan, pesta tersebut membolehkan setiap lapisan masyarakat mencari buku diminati.

Pesta buku terbesar dunia itu diadakan untuk memupuk tabiat membaca dan meningkatkan literasi Bahasa Inggeris dengan menawarkan buku dengan harga serendah RM4.99.

“Ia menggalakkan individu daripada semua peringkat umur untuk memupuk minat membaca dan memperkasa mereka dengan pengetahuan,” menurut kenyataan tersebut.

Pesta tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai peraduan dan tawaran baucar.

Peraduan yang diadakan termasuk reka bentuk penanda halaman kreatif bertemakan The Big Bad Wolf di Miri.

Pesta tersebut turut mendapat kerjasama daripada The English Academy di Miri bagi memperluaskan impak tempatannya.

Layari https://www.bidbadwolfbooks.com/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pesta tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan