Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Scoot memulakan penerbangan laluan Singapura Ke Melaka pada Rabu dengan kekerapan lima penerbangan seminggu. Foto TVS

Penerbangan Scoot ke Melaka tingkatkan akses pelancongan antarabangsa

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Penerbangan sulung syarikat tambang murah milik Singapore Airlines, Scoot ke Melaka bermula Rabu merupakan langkah strategik dalam memperluas akses antarabangsa ke negeri bersejarah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Abd Razak Abd Rahman berkata penerbangan itu memainkan peranan penting dalam merancakkan ekonomi tempatan dan meningkatkan profil Melaka sebagai destinasi pelancongan utama di peringkat antarabangsa.

“Ini merupakan detik bersejarah bagi Melaka dalam usaha untuk memperkukuh sektor pelancongan dan ekonomi negeri.

“Pelancongan yang lebih kukuh akan memberi impak positif kepada sektor-sektor seperti perhotelan, restoran, perkhidmatan pelancongan, serta perniagaan kecil dan sederhana di Melaka. Ini juga akan membuka peluang pekerjaan baru serta meningkatkan aktiviti ekonomi di seluruh negeri,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu pada Rabu, Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing turut hadir menyambut ketibaan pertama Scoot di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di Melaka.

Scoot menawarkan penerbangan ke Melaka dengan kekerapan lima kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Abd Razak berkata dengan penerbangan itu yang juga mesra bajet, lebih ramai pelancong dari Singapura dan negara-negara jiran akan dapat menikmati keindahan dan keunikan negeri bersejarah itu.

“Scoot juga akan menyediakan penerbangan malam pada hari-hari tertentu untuk memberi lebih banyak pilihan kepada penumpang, terutamanya bagi mereka yang memerlukan waktu perjalanan yang lebih fleksibel,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan