Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adiel (berdiri, lima dari kiri) merakam gambar bersama dua belas peserta Tilawah Al-Quran. Foto TVS

Pembukaan sekolah tahfiz di Samarahan lahir ramai huffaz

SADONG JAYA, 24 Okt: Pembinaan beberapa sekolah tahfiz di Bahagian Samarahan diyakini akan melahirkan lebih ramai golongan huffaz dalam kalangan masyarakat di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Datuk Aidel Lariwoo berkata, inisiatif sedemikian akan memartabatkan syiar Islam dalam masyarakat bermula daripada usia muda.

“Jika kita hendak berikan contoh di daerah (daerah kecil) Sadong Jaya ini, kita telah mendirikan Tahfiz Darul Iman Sadong Jaya yang bukan sahaja mengelolakan sekolah tahfiz tetapi juga mempunyai Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang diadakan di dalam Masjid Darul Iman iaitu sebagai satu cara kita menggalakan dan memartabatkan bacaan Al-Quran dalam kalangan anak-anak dan masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penangguhannya di Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Bahagian Samarahan di Masjid Darul Iman, Sadong Jaya baru-baru ini.

Bercakap mengenai majlis, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur) itu menzahirkan kegembiraan menyaksikan kemajuan prestasi peserta tilawah pada tahun ini.

“Saya memuji para peserta yang menyertai pertandingan tersebut tahun ini kerana terdapat peningkatan dari teknik pembacaan taranum berbanding tahun lalu,” ujarnya.

Menurutnya, acara tahunan itu bakal diadakan di kawasan Semunjan, Sebuyau, Gedong, Samarahan, Asajaya sebelum kembali semula ke Sadong Jaya semula.

Jelas beliau lagi, selepas Sadong Jaya, penganjuran acara tahunan ini akan diadakan pula di kawasan Semunjan, Sebuyau, Gedong, Samarahan, Asajaya sebelum kembali semula ke Daerah Kecil itu.TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan