Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Pekerja kilang maut langgar kerbau di Tampin

ByBernama

TAMPIN, 24 Okt: Seorang pekerja kilang maut dipercayai selepas motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau di Kilometer 5 Jalan Tampin-Kuala Pilah berhampiran Kampung Sri Repah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata mangsa yang juga seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Melaka.

“Hasil siasatan menunjukkan kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal dari rumah di Kampung Berambai, Johol menuju ke tempat kerja di Melaka.

“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa tidak sempat mengelak dan terus melanggar seekor kerbau yang berada di laluan motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan