Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salah seorang peserta kumpulan Brier Fire & Bohol dari Kanada, Peter Sammarco ketika ditemui TVS di sini, hari ini. Foto TVS

Pasukan dari Kanada buru gelaran juara

ByAdlina Rahman

KUCHING, 24 Okt: Pasukan Brier Fire & Bohol dari Kanada memasang impian untuk memburu gelaran juara dalam perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa 2024.

Salah seorang pengayuh dari Kanada, Peter Sammarco berkata, Brier Fire & Bohol bersedia mencabar dan yakin memberikan saingan sengit kepada pasukan negara lain dalam perlumbaan lumba perahu tersebut.

“Saya difahamkan Malaysia mempunyai  pasukan yang kuat. Ramai pasukan yang kuat termasuk pasukan tempatan. Namun untuk Kanada, kami akan memberi tekanan kepada pasukan lain dan pastikan mereka bekerja keras untuk merebut gelaran juara itu,” kata Peter ketika ditemui TVS di Tebingan Kuching , di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Peter turut mendedahkan ini merupakan penyertaan pertama Kanada pada perlumbaan itu dan di peringkat antarabangsa.

Katanya, dia tidak menafikan terdapat beberapa cabaran perlu diharungi menjelang hari perlumbaan sebenar.

Lebih mencabar, dia memberitahu kumpulannya bakal berganding dengan ahli pasukan dari Filipina bagi kategori International Premier Mix 20’s kelak.

“Salah satu cabaran yang kami hadapi adalah pasukan kami terdiri daripada campuran pasukan Kanada dan Filipina. Kami perlu menyesuaikan diri dengan teknik dan aras kemahiran antara satu sama lain. Selain itu, antara cabaran lain bagi saya adalah cuaca di sini memandangkan saya berasal dari negara yang sejuk,” jelas Peter.

Selain kategori itu, Brier Fire & Bohol turut bertanding dalam kategori International Premier Open 20’s dan International Premier Open 12’s.

Sebanyak 61 pasukan dari 12 negara bertanding merebut gelaran juara pada perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa 2024 dengan penyertaan seramai 1,872 pengayuh bermula 25 hingga 27 Oktober ini.

Antara negara terlibat adalah England, Ireland, Kanada, Rusia, Kazahztan, Mongolia, Qatar, Jepun, Cyprus, Indonesia, Taiwan, Sepanyol, Hong Kong, China, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina termasuk Malaysia (Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan