Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Chang Lih Kang ketika perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2025. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

MOSTI perkukuh ekosistem inovasi sosial di Sarawak melalui kolaborasi strategik

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mempergiatkan usaha memperkukuh ekosistem inovasi sosial di Sarawak melalui kolaborasi dengan pelbagai pihak untuk menangani isu-isu sosial yang dihadapi oleh komuniti tempatan.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, ekosistem inovasi sosial ini merangkumi kerjasama antara individu, organisasi, kerajaan dan komuniti bertujuan mencipta penyelesaian inovatif bagi pembangunan masyarakat, kesihatan, ekonomi kreatif serta digitalisasi.

Menurut beliau, dalam konteks Sarawak isu-isu ini dilihat penting dalam usaha transformasi masyarakat.

“Kerajaan Sarawak telah menubuhkan badan Technology Ecosystem & Government Advisory Services (TEGAS) bagi mempromosikan inisiatif inovasi sosial yang memberikan impak positif kepada masyarakat,” katanya menerusi jawapan lisan yang dipaparkan di laman web rasmi Parlimen Malaysia.

Beliau berkata, MOSTI melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) kini menjalin kolaborasi strategik dengan TEGAS untuk mencipta penyelesaian inovatif dan mengukuhkan ekosistem inovasi.

Selain itu, MOSTI turut bekerjasama dengan Sarawak Digital Economic Corporation (SDEC), Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri, Kolej Vokasional Miri, dan Sibu Digital Innovation Hub (Sibu DIH).

“Kerjasama ini bertujuan meningkatkan projek-projek inovasi sosial di kawasan luar bandar Sarawak,” jelasnya.

Tambah beliau, bagi mempergiatkan lagi aktiviti Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di kawasan luar bandar, MOSTI melalui YIM telah membangunkan dua fasiliti Ruang Daya Cipta (RDC) di Sibu dan Miri.

RDC Sibu telah melaksanakan 20 modul latihan yang melibatkan 195 peserta, termasuk pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), belia, dan komuniti tempatan.

Manakala RDC Miri pula telah melaksanakan 24 modul latihan yang melibatkan 527 peserta.

“Kedua-dua pusat RDC juga telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa rakan strategik dari agensi negeri, sekolah, dan industri tempatan. RDC Sibu menjalin kerjasama dengan enam rakan strategik, manakala RDC Miri dengan lapan rakan strategik,” katanya

Sehubungan itu, dengan usaha ini MOSTI berharap dapat terus memperkukuh ekosistem inovasi sosial dan teknologi di Sarawak khususnya di kawasan luar bandar bagi mempercepatkan pembangunan komuniti dan memastikan penyelesaian yang lebih efektif terhadap isu-isu sosial yang dihadapi masyarakat tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan