Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera parah dipercayai ditembak dalam kejadian di Jalan Wong King Huo 21 di Sibu, hari ini.Foto IPD Sibu

Lelaki cedera parah ditembak di Sibu

SIBU, 24 Okt: Seorang lelaki cedera parah dipercayai ditembak dalam kejadian di Jalan Wong King Huo 21 di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu.

Menurutnya, ketika kejadian sekitar jam 2.20 petang itu mangsa berusia 46 tahun berada di dalam kenderan pikap miliknya.

“Mangsa yang duduk di bahagian pemandu ketika ditembak mahu mengambil anaknya balik dari pusat tuisyen.

“Selepas ditembak yang terkena di bahu kanan mangsa sempat keluar dari kenderaannya sebelum terbaring di rumput,” katanya.

Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke hospital bagi mendapat rawatan.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini,” tegasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan