Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto fail Bernama

KPN terus perkukuh bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terus memperkukuh bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk penyediaan perkhidmatan rujukan Malaysiana, penganjuran bengkel Bahasa Melayu untuk ekspatriat, program Kalam Karyawan, kursus Bahasa Melayu serta sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan melalui aktiviti komuniti di Perpustakaan Desa PNM setiap tahun.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, dalam satu kenyataan berkata, bahasa kebangsaan adalah tiang seri pembinaan negara bangsa dan memupuk semangat perpaduan melalui bahasa.

“Di bawah Dasar Perpaduan Negara, Bahasa Melayu perlu dipelihara dan dimartabatkan sebagai bahasa identiti nasional yang mengukuhkan perpaduan negara pelbagai bangsa,” katanya.

Pertandingan teater Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina pula menjadi platform mempromosi penggunaan bahasa kebangsaan yang tepat, indah dan tertib.

“Pertandingan ini juga penuh dengan nilai murni yang disampaikan melalui teater sekali gus menanam rasa cinta dan bangga berbahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan masyarakat,” tambahnya.

Sebanyak 15 pasukan melibatkan 145 murid dari SJKC Zon Tengah, Utara, dan Selatan menyertai pertandingan akhir pada hari ini. Program ini dijayakan dengan kerjasama Persatuan Han Malaysia, DBP, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan