Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang terjatuh dari kapal untuk diserahkan kepada polis. Foto BBP Sarikei

Kelasi kapal warga Myanmar jatuh sungai ditemui meninggal dunia

SARIKEI, 24 Okt: Kelasi kapal warga Myamnar yang terjatuh ke dalam Sungai Rajang pada Selasa lalu, dijumpai meninggal dunia hari ini.

Mayat Min Wai Lin, 45, ditemui terapung dalam keadaan tidak sempurna di kawasan Muara Payang kira-kira jam 9.00 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata, mayat mangsa dijumpai orang awam yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

“Mayat kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) pengecaman, disebabkan keadaan mayat tidak lengkap atau sempurna.

“Setelah disahkan majikannya, mayat dikenal pasti sebagai mangsa yang jatuh dari kapal berkenaan, ” katanya dalam satu kenyataan.

Insiden kira -kira jam 6.00 pagi itu berlaku ketika kapal yang dinaiki mangsa sarat dengan muatan batu dari Kuching tiba di Sarikei untuk melakukan pemunggahan.

Bagaimanapun sebelum sempat tiba di kawasan Jeti Taman Susur Jambu, dua anak kapal tiba-tiba memaklumkan mangsa terjatuh ke sungai dari kapal tersebut.

Pada masa yang sama katanya, beberapa anak kapal membaling peralatan keselamatan selain menurunkan bot ke sungai untuk menyelamatkan mangsa, namun gagal apabila lelaki itu tenggelam dan hilang.

Laporan kejadian dibuat pengemudi kapal berkenaan di Balai Polis Sarikei sebelum SAR dilancarkan hingga mangsa ditemui meninggal dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan