Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jubni (kiri) dan Fasihah (kanan) merakam gambar kenangan bersama replika cek dan piala. Foto TVS

Jubni johan Tilawah Al-Quran Samarahan selepas 6 tahun ditempat kedua

SADONG JAYA, 23 Okt: Selepas enam tahun berturut-turut bergelar naib johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Samarahan, Jubni Sulong dari Asajaya dinobatkan johan kategori Qari, pada Rabu.

Guru Pengajian AM di SMK Asajaya itu berkata kecintaan kepada Al-Quran mendorongnya menyertai pertandingan itu pada setiap tahun serta tidak mengharapkan sebarang kemenangan.

“Sebelum ini saya biasa menjadi Naib Johan, kali ini rezeki menjadi Johan di Peringkat Bahagian Samarahan.

“Saya konsisten membaca Al-Quran disamping mengajar anak-anak dari Iqra sehingga ke Taranum. Dengan cara saya mengajar anak-anak, sebenarnya saya dapat meningkatkan lagi tahap pembacaan saya sendiri dan saya pun sentiasa belajar dari guru-guru Al-Quran,” kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Sering menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran sejak berusia 25 tahun, Jubni memperoleh tempat kedua dibelakang peserta mewakili Samarahan, Muhamad Hafiez Shafie, 31 yang merupakan johan bertahan sejak enam tahun lalu.

Sementara itu Johan bagi kategori Qariah, Fasihah Arpa, 33 dari Sadong Jaya berkata kemenangan yang diperoleh malam tadi merupakan hasil daripada titik peluhnya selama 10 tahun mempelajari kaedah pembacaan Taranum Al-Quran.

“Sebenarnya ilmu Al-Quran ini, hari ini kita timba (belajar) tidak semestinya kita dapat terus dalam pertandingan terutamanya. Sebenarnya kita kena dari awal lagi, macam saya dari sekolah rendah dari darjah tiga sampai sekarang.

“Alhamdulillah sekarang berumur 33 tahun, saya telah sampai ke tahap ini (dan) saya sangat bersyukur,” katanya lagi.

Selaku johan, kedua-dua peserta membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 1,000, sijil dan piala serta sumbangan berjumlah RM500 sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Datuk Aidel Lariwoo. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan