Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsert Retro Pop Yeh Yeh 2024 bakal menampilkan Datuk Jeffrydin bersama kugiran Masdo serta persembahan istimewa daripada A. Rozaini, Dato L. Ramli, Haziq Roseri, A. Rahman Onn dan Ahmad Yassin.

Jeffrydin, Masdo imbau kegemilangan muzik retro menerusi Konsert Retro Pop Yeh Yeh 2024

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 24 Okt: Konsert Retro Pop Yeh Yeh 2024 bakal mengimbau nostalgia kegemilangan muzik retro yang akan berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre di sini pada 30 November ini.

Acara yang dijangka memukau para peminat muzik retro ini dianjurkan oleh Mutiara Production House Sdn. Bhd. (MPSHB), dengan kehadiran Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai tetamu kehormat.

Sidang media bagi mengumumkan Konsert Retro Pop Yeh Yeh 2024.

Menurut Pengarah Urusan MPSHB, Dr Alim Impira, antara artis yang akan memeriahkan pentas konsert tersebut adalah penyanyi legenda tanah air, Datuk Jeffrydin, bersama kugiran terkenal dari Indonesia, Kugiran Masdo.

“Penonton juga akan disajikan dengan persembahan istimewa daripada artis-artis seperti A. Rozaini, Dato L. Ramli, Haziq Roseri, A. Rahman Onn, dan Ahmad Yassin.

“Tema konsert ini ialah ‘tiada yang lama, tiada yang baru’ yang menggambarkan kesinambungan muzik retro pop yang masih relevan hingga ke hari ini, ” katanya pada sidang media di Restoran Stars On Stage, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, tiket untuk konsert ini ditawarkan dalam lima kategori iaitu Cincin Emas berharga RM420, Mas Mona (RM360), Dinda (RM260), Kenangan Ku (RM190) dan Dara Pujaan (RM90).

“Tiket boleh didapati secara fizikal di Restoran Stars on Stage dan juga secara dalam talian melalui platform tempahan yang disediakan oleh pihak penganjur,” ujarnya.

Tempahan juga boleh dibuat melalui Facebook rasmi Konsert Retro Pop Yeh Yeh 2024.

Konsert Retro Pop Yeh Yeh 2024 dianjurkan oleh MPSHB dengan kerjasama Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures dan MTCP Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan