Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fattah Amin bersama Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Commercial Mohamad Shahren Mohamad Yusri di Jumaani Pavilion, Kuching, hari ini. Foto TVS

Fattah Amin teruja promosi produk kraf tangan Sarawak ke peringkat lebih tinggi

KUCHING, 24 Okt: Penyanyi dan pelakon popular, Fattah Amin, menyuarakan keterujaannya terhadap potensi produk tempatan Sarawak yang unik.

Menurutnya produk yang terdapat di Bumi Kenyalang belum banyak diketahui oleh masyarakat di Semenanjung Malaysia.

Mengimbas sesi pertemuan bersama peminat di Kuching baru-baru ini, Fattah berkata produk kraf tangan dan tradisional buatan Sarawak mempunyai nilai yang sangat istimewa.

“Ada banyak produk Sarawak yang boleh kita terokai. Apabila saya melihatnya sendiri terutama produk kraf tangan tradisional, saya teruja.

“Malah ada produk yang saya tidak pernah nampak di Kuala Lumpur. Itulah sebabnya produk ini boleh diteroka dan promosikan kepada luar,” katanya ketika ditemui di Jumaani Pavilion di sini, hari ini.

Menurutnya, produk itu merupakan identiti Sarawak yang wajar diketengahkan secara meluas bukan sahaja di pasaran tempatan bahkan ke luar negara.

Fattah menganggap kerjasama beliau dengan CENTEXS Commercial sebagai langkah strategik untuk memperkenalkan produk kraf tangan Sarawak kepada audiens yang lebih luas melalui pengaruhnya di media sosial dan dunia hiburan.

Pemasaran produk kraftangan ini bukan sahaja membantu meningkatkan ekonomi tempatan, tetapi juga memperkukuhkan identiti budaya Sarawak.

Kerjasama ini katanya dapat membuka peluang baharu dalam perniagaan, memperluas jaringan pengedaran, dan memberi impak positif kepada masyarakat setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan