Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mukvinder Kaur Sandhu merakam gambar pada Forum Pendidikan dalam Hospitaliti dan Pelancongan di UCSI, Kuching pada Khamis. Foto TVS

EHTF perkasa pengetahuan sektor perhotelan dan pelancongan

KUCHING, 24 Okt: Penganjuran Forum Pendidikan dalam Hospitaliti dan Pelancongan (EHTF) bertujuan untuk memupuk perkongsian pengetahuan antara pakar terkemuka bersama ahli akademik dalam sektor perhotelan dan pelancongan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penglibatan individu dari pihak yang pelbagai itu penting dalam perbincangan seperti rangkaian dan peluang kerjasama yang berpotensi dalam pengurusan pelancongan.

Katanya, forum tersebut memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi, kemampanan dan pemeliharaan budaya sekaligus memupuk pendekatan holistik yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan dalam sektor perhotelan dan pelancongan.

“Forum dan bengkel yang diketuai oleh pelbagai penceramah pakar akan membincangkan topik kritikal seperti penggunaan teknologi, kemampanan, pemeliharaan budaya dan ESG dalam pendidikan.

“Dengan berbuat demikian, forum itu bukan sahaja meningkatkan rangka kerja pendidikan tetapi juga mewujudkan pendekatan holistik yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam hospitaliti dan pelancongan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Naib Pro Canselor Universiti UCSI Kampus Kuching, Mukvinder Kaur Sandhu pada EHTF ketiga bersempena dengan Sidang Kemuncak Asia Pasifik Pertama untuk Pemimpin Acara (APSEL) 2024 di University UCSI di Kuching pada Khamis.

Selain itu, pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti UCSI dan rakan kongsi industri dan akademik utama, bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam pendidikan dan latihan dalam sektor hospitaliti dan pelancongan.

Ini menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam memupuk perkongsian yang menyokong pertumbuhan industri serta memacu perubahan positif dalam bidang masing-masing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan