Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Akta Pemakanan Malaysia 1983 akan digubal dan seterusnya akan diwartakan menjelang 2027 bagi mengawal nutrisi makanan rakyat khususnya kanak-kanak di negara ini. Foto hiasan Envato

Akta Pemakanan Malaysia digubal menjelang 2027, kawal nutrisi makanan

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Akta Pemakanan Malaysia 1983 akan digubal dan seterusnya akan diwartakan menjelang 2027 bagi mengawal nutrisi makanan rakyat khususnya kanak-kanak di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat Suhaizan Kaiat berkata kerajaan juga telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi memerangi masalah beban berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak dalam usaha menggubal akta tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata statistik terkini pada 2022 menunjukkan kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun mengalami masalah bantut (21.2 peratus), kurang berat badan (15.3 peratus), susut (11 peratus ) dan berlebihan berat badan (enam peratus) namun angka terkini belum dikeluarkan sepenuhnya namun dijangkakan ia lebih serius.

“Ia membimbangkan jika tiada langkah pencegahan mulai sekarang.

“Kanak-kanak akan sentiasa terdedah dengan iklan, hadiah dan makanan yang tidak sihat tanpa kawalan. Semasa ibu bapa membawa anak-anak ke pasar raya, majlis kenduri kahwin dan restoran tanpa sedar telah menyediakan anak mereka makanan yang tidak sihat,” katanya dalam satu kenyataan media yang dipaparkan di laman sesawang Parlimen Malaysia hari ini.

Tambah Suhaizan, jika ia tidak dibendung lebih awal, maka amalan itu berpotensi menyebabkan ancaman kepada kanak-kanak pada 20 tahun akan datang.

Beliau turut mendedahkan sebanyak 92 peratus remaja berumur 10 hingga 17 tahun tidak cukup makan sayur sehari diikuti 67 peratus tidak cukup makan buah sehari dan 70 peratus tidak makan sarapan pagi pada tahun 2017.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan telah menggariskan tiga objektif Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak Malaysia (2023-2030).

Tiga objektif berkenaan adalah mengurangkan masalah bantut dan susut dalam kalangan kanak-kanak, mengekalkan atau mengurangkan masalah berlebihan berat badan dan obes dalam kalangan kanak-kanak, danadalah meningkatkan kualiti amalan pemakanan dalam kalangan kanak-kanak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan