Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

AI buka ruang berfikir tanpa sempadan dalam bidang kewartawanan

ByMahathir Haroun

KUCHING, 24 Okt: Kepesatan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) membuka ruang cara berfikir tanpa sempadan dalam landskap kewartawanan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, latihan formal yang berterusan penting untuk meningkatkan etika dalam pelaporan berita dan maklumat yang dipercayai.

“Kita lihat sekarang AI sudah dapat membaca minda dan ia memerlukan kredibiliti tinggi dalam semua perkara.

“Jadi bidang kewartawanan sekarang memerlukan kita untuk lebih beretika termasuk semasa berbicara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Latihan Untuk Wartawan Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, kecanggihan teknologi sekarang membolehkan setiap berita dilaporkan dengan lebih cepat termasuk menerusi penstriman langsung sesuatu program atau majlis.

“Sekarang muncul pelbagai bentuk media, setiap saat kita memboleh membaca berita menerusi telefon bimbit.

“Apa yang saya cakap sekarang orang luar dah tahu sebab disiarkan secara langsung, ” ujarnya.

Abang Johari berkata, penyiaran sesuatu majlis atau program secara langsung mampu mengelak fakta diputar belit.

“Setiap kandungan yang hendak dipaparkan kepada umum perlu disertakan dengan integriti tinggi,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol serta Presiden Malaysian Press Institute (MPI) Datuk Yong Soo Heong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan