Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai tujuh orang dilaporkan terkorban apabila Ribut Tropika Trami melanda kebanyakan kawasan di Luzon dan sebahagian Visayas, lapor Philippine News Agency (PNA), memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) pada Khamis. Foto AFP

7 maut, lebih 431,000 keluarga terjejas akibat ‘Trami’ landa Filipina

ByBernama

MANILA, 24 Okt: Seramai tujuh orang dilaporkan terkorban apabila Ribut Tropika Trami melanda kebanyakan kawasan di Luzon dan sebahagian Visayas, lapor Philippine News Agency (PNA), memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) pada Khamis.

Badan tindak balas bencana itu memaklumkan bahawa enam terkorban di Bicol dan seorang di Calabarzon.

Empat orang dilaporkan cedera di Bicol, manakala tujuh lagi dilaporkan hilang — lima di Bicol, seorang di Calabarzon, dan seorang lagi di wilayah Ilocos.

Sementara itu, sejumlah 431,738 keluarga atau 2,077,643 orang di Wilayah Ilocos, Lembah Cagayan, Calabarzon, Mimaropa, Bicol, Visayas Barat, Visayas Tengah, Visayas Timur, Semenanjung Zamboanga, Caraga, Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM), dan Wilayah Pentadbiran Cordillera (CAR) terjejas akibat ribut itu.

Pada masa ini, 43,463 keluarga atau 163,184 orang sedang berlindung di 4,567 pusat pemindahan, manakala 8,003 keluarga atau 32,877 orang dibantu di luar pusat pemindahan.

Cuaca buruk yang dicetuskan oleh Trami turut menjejaskan operasi 86 pelabuhan di sembilan wilayah.

Sekitar 1,007 kediaman di tujuh wilayah turut rosak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan