BEIRUT, 24 Okt: Lima orang terkorban pada Rabu dalam kebakaran di sebuah kilang kertas, menurut laporan Agensi Berita Kebangsaan (NNA) yang dipetik oleh Xinhua.
Laporan menyebut bahawa pasukan Pertahanan Awam berjaya memadamkan kebakaran selepas beberapa jam di kilang yang terletak di Jisr al-Basha, Daerah Metn, Gunung Lubnan.
Pasukan Palang Merah Lubnan dan Pertahanan Awam mengeluarkan mayat mangsa dan menghantar mereka ke Hospital Kerajaan Baabda.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pertahanan Awam Raymond Khattar memberitahu saluran TV tempatan MTV bahawa beberapa pekerja yang terperangkap di dalam kilang itu berjaya diselamatkan. -TVS