Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar diiringi Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Tun Wan Junaidi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 23 Okt: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 bertempat di Istana Negara di sini.

Tun Wan Junaidi diiringi Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mempengerusikan mesyuarat itu.

Berangkat sama pada mesyuarat yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu ialah  Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut berangkat ke mesyuarat berkenaan.

Turut berangkat ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Mesyuarat turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan