Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tingkat kualiti air sungai dengan teknologi pembersihan baharu

KUCHING, 23 Okt: Sarawak akan menggunapakai teknologi baharu bagi meningkatkan tahap kualiti air sungai di Kuching.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beberapa sungai telah dikenal pasti bagi melaksanakan ujian awal pembersihan termasuk Sungai Bintangor, Sungai Maong dan Sungai Padungan.

Menerusi inovasi baharu cetusan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama syarikat di Semenanjung Malaysia itu, Abang Johari berkata Sarawak memerlukan lebih ramai saintis muda untuk mencipta teknologi baharu.

“Kita memerlukan saintis seperti ini, mereka yang boleh berfikir mengenai perkara (teknologi) ini, saya ingin kata, saya akan lakukan (meningkatkan kualiti air sungai), kita lakukan dengan skala tertentu.

“Letakkannya di sungai yang kotor, salah satunya Sungai Bintangor di Satok, Sungai Maong dan Sungai Padungan, semua air kotor tetapi kita boleh bersihkannya dan tukarkan kepada sesuatu yang bernilai, atau kepada ekonomi serkular,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sarawak 2024 di Pusat Acara dan Konvensyen Majma di Kuching pada Rabu.

Dengan pelaksanaan itu, secara berperingkat beliau yakin sungai kotor di Sarawak dapat dibersihkan dan dijadikan sebagai sumber ekonomi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan