Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi membaca teks ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Nanta Linggi pada Majlis Pembukaan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) pada 23 Oktober 2024. Foto, Amirah Shawel (TVS)

Sektor pembinaan Malaysia berkembang 17.3 peratus tiga suku pertama 2024

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Sektor pembinaan di Malaysia mencatatkan prestasi positif apabila berkembang sebanyak 17.3 peratus pada tiga suku pertama tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan dua digit itu adalah yang pertama diraih sejak tahun 2014, seterusnya mencerminkan keupayaan industri itu untuk kekal berdaya tahan dalam mendepani cabaran semasa.

Jelas beliau, sektor pembinaan negara pernah menghadapi kekangan ketara, dengan aktiviti pembinaan terhenti dan rantaian bekalan terganggu semasa pandemik COVID-19.

“Akibatnya, sektor itu menguncup sebanyak 19.3 peratus pada 2020 dan 5.1 peratus pada 2021.

“Bagaimanapun, menerusi kerjasama pemain industri dan usaha pemulihan strategik yang dilaksanakan oleh kerajaan, negara menyaksikan pertumbuhan positif sebanyak 5.0 peratus pada 2022 dan 6.1 peratus pada 2023,” katanya.

Anwar berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Majlis Pembukaan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sektor pembinaan merupakan antara industri yang menyumbang dengan ketara kepada KDNK dan menjadi tunjang ekonomi di negara ini.

“Industri pembinaan bukan sahaja berkaitan struktur bangunan; ia adalah pemangkin dinamik yang menyemarakkan peluang merentasi setiap sektor, daripada pembuatan kepada perkhidmatan,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan