Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar SEB Baleh Tan Hang Kiak, Residen Bahagian Kapit Galong Luang dan Ketua Pejabat Kesihatan Kapit Dr Michael Pelitini bersama yang lain pada Majlis Pelancaran Kempen Kempen Pemeriksaan dan Pembedahan Mata 3.0 di Kapit, hari ini. Foto Alex Teo (TVS) 

Sarawak Energy taja pemeriksaan dan pembedahan mata penduduk Baleh dan Kapit

ByIzzah Kamilah Yunus

KAPIT, 23 Okt: Kempen kesihatan mata percuma kelolaan Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan kerjasama Hospital Sibu dan Hospital Kapit telah memberi manfaat kepada lebih 260 orang dalam kalangan penduduk Baleh dan Kapit sejak 2017.

Pengurus Kanan, Perkhidmatan Projek SEB Sharina Bohari berkata, sebagai badan korporat yang bertanggungjawab, SEB kekal komited dalam mempertingkatkan khidmat sosial, terutamanya dalam aspek pembangunan dan kesihatan komuniti.

“Seiring dengan pembangunan yang kami laksanakan khususnya di Daerah Bukit Mabong dan Kapit, SEB juga menitikberatkan inisiatif penjagaan kesihatan komuniti. Ia sekali gus berjaya meningkatkan daya penglihatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS pada Majlis Pelancaran Kempen Pemeriksaan dan Pembedahan Mata 3.0, Kempen Saringan dan Kesedaran Kanser Serviks dan penyerahan mesin ultrabunyi kepada Klinik Kesihatan Kapit di sini, hari ini.

Memasuki siri ketiga bagi kempen ini, SEB dengan kerjasama Klinik Katarak Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Oftalmologi Hospital Sibu, dan Hospital Kapit dalam menyediakan pemeriksaan dan pembedahan untuk katarak dan pterygium.

Ia sekali gus memberi manfaat kepada lebih 50 pesakit daripada masyarakat Baleh dan Kapit pada tahun ini.

Selaras dengan kempen kesihatan ini, SEB turut menyumbang peralatan yang diperlukan oleh pihak klinik kesihatan untuk kegunaan komuniti setempat.

Dalam pada itu, beliau berkata selaras dengan kempen kerajaan untuk mencegah kanser serviks, SEB menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Rose dan Hopital Kapit bagi menyokong usaha kerajaan menerusi Kempen Pemeriksaan dan Kesedaran Kanser Serviks di kawasan pendalaman Kapit.

 

Dr Khoo Su Pei menyampaikan penghargaan kepada Pengurus Besar SEB Baleh, Tan Hang Kiak. Foto: Alex Teo (TVS)

Sementara itu, berucap pada majlis sama, Pengarah Pembangunan Komuniti Yayasan Rose Dr Khoo Su Pei berkata kolaborasi ini membantu Yayasan Rose untuk memberikan inisiatif kesihatan kepada kawasan yang terpencil dengan perkhidmatan kesihatan yang terhad.

“Sabah dan Sarawak mencatatkan kes tertinggi kanser serviks di Malaysia. Ini tidak mengejutkan kerana kita semua tahu Sabah dan Sarawak mempunyai cabaran logistik terutamanya Kapit dengan kawasan berbukit, keadaan jalan raya, sungai dan pengangkutan bot.

“Kosnya mahal dan memerlukan usaha yang besar untuk mencapai komuniti wanita yang terpencil dan sukar dijangkau,” katanya.

Menerusi kerjasama dengan SEB sejak April lalu, Yayasan Rose April berjaya melawat lima rumah panjang dan menyaring lebih daripada 150 wanita.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan