Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hannah Yeoh berkata pihaknya tidak bercadang mencari pengganti Sabah yang menarik diri menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027. Foto fail Bernama

Sabah tarik diri sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027

KUCHING, 23 Okt: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata pihaknya tidak bercadang mencari pengganti Sabah yang menarik diri menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.

Bernama melaporkan Hannah berkata pelan penganjuran temasya sukan dwitahunan tersebut tetap berjalan seperti biasa dengan Pulau Pinang, Kuala Lumpur serta Sarawak kekal sebagai penganjur bersama.

“Memang tiada negeri lain sebab kita dah hantar notis sebelum ini. Kita ada tiga (negeri) dan ia cukup, jangan risau ia tidak akan tergendala walaupun tiada Sabah.

“Mesyuarat lebih lanjut berhubung penganjuran Sukan SEA akan diadakan secepat mungkin,” katanya.

Mengenai perkembangan sama, Hannah berkataKerajaan Sabah memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi pengelola secara bersama Sukan SEA 2027 berikutan kekurangan kemudahan yang bersesuaian.

Dalam jawapan lisan menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeow di Dewan Rakyat pada Selasa beliau berkata sebelum ini kerajaan Sabah pada awalnya bersetuju dengan peruntukan sebanyak RM100,528,975 bagi pengelolaan secara bersama.

“Anggaran kos penganjuran Sukan SEA 2027 adalah sebanyak RM700 juta berbanding RM608,741,085 bagi penganjuran Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan