MIRI, 23 Okt: Sebuah rumah terletak berhampiran Rumah Panjang Edi Inggah Kampung Wawasan, Simpang BLD, Batu Niah di sini, musnah dalam kebakaran ketika pemiliknya keluar pergi ke kebun.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Niah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.20 tengah hari dengan menggerakkan lima anggota BBP Niah ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah terbakar keseluruhan terletak kira-kira tujuh meter di belakang rumah panjang yang baharu dibina.
“Ketika kejadian dua penghuni warga rumah itu yang merupakan suami isteri berusia 50 dan 51 tahun sedang berada di kebun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba bertindak melakukan overhaul dengan menggunakan satu aliran 500 kaki satu nozel sumber air dari tangki jentera bomba.
“Keja-kerja overhaul sukar dilakukan disebabkan tiada sumber air dan terpaksa menggunakan sumber air terbuka dari sebuah kolam dengan anggaran jarak lebih kurang 100 meter dari lokasi kebakaran.
“Operasi pemadaman diteruskan semula dengan menggunakan satu unit pam angkut, satu aliran 800 kaki dan satu nozel sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya.
“Punca dan taksiran kerugian yang dialami masih dalam siasatan,” ujarnya. – TVS