Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan kendiri ketika dalam perjalanan balik dari tempat kerja di KM 50 Jalan Kuching-Serian di sini, pagi tadi. Foto hiasan Envato

Pekerja kilang maut, motosikal ditunggang kemalangan ketika balik kerja

SERIAN, 23 Okt: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan kendiri ketika dalam perjalanan balik dari tempat kerja di KM 50 Jalan Kuching-Serian di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintenden Neil Beginda berkata dalam kejadian pada 10 pagi itu, Cornelius Alvin Elban, 20, dari Kampung Rasau yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak paramedik dari Hospital Serian.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Kuching menuju ke arah Serian.

“Motosikal itu hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan dan melanggar besi penghadang jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu mengakibatkan mangsa jatuh serta terpelanting dari atas motosikal lalu terkena pada tiang lampu jalan sebelum dihempap motosikal sendiri.

“Difahamkan mangsa baharu saja bekerja di sebuah kilang di Samajaya lebih kurang tiga bulan lalu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan