Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Dr Mazrina Mohamed Ibramsah berucap semasa Seminar Pembangunan Profesional Berterusan Industri (ICPD) di Hotel Imperial di Kuching pada Rabu. Foto TVS

MPC, MEITD perkasa pembangunan bakat dan tenaga kerja Sarawak

KUCHING, 23 Oktober: Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) melambangkan komitmen Sarawak menggerakkan pembangunan bakat dan bekalan tenaga kerja untuk masa depan.

Kerjasama berkenaan sebagai usaha bagi mencapai kecemerlangan dalam sudut kepimpinan, inovasi, dan strategi yang memberi impak besar kepada agensi, industri, akademia dan juga kerajaan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Dr Mazrina Mohamed Ibramsah, MoU tersebut sejajar dengan visi Kerajaan Sarawak untuk mencapai 30 peratus tenaga kerja mahir atau 500,000 pekerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2030 sekali gus menyokong aspirasi negeri untuk menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan berpendapatan tinggi.

“Hari ini juga menandakan peristiwa penting dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPC dan MEITD sebagai sebahagian daripada seminar ini.

“MoU ini melambangkan komitmen kami untuk mengukuhkan pembangunan bakat dan menyediakan tenaga kerja masa depan yang kompeten dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Pembangunan Profesional Berterusan Industri (ICPD) di Hotel Imperial di Kuching pada Rabu.

Tambahnya, laporan terdahulu menyaksikan Sarawak menyumbang lebih daripada 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia pada 2023 dan diunjurkan terus berkembang seiring ekonomi digital dan tenaga boleh diperbaharui berperanan sebagai pemacu utama.

Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan sumbangan sektor digital kepada RM10 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang. -TVS

Tags: #MEITD, mou, MPC

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan