Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsert Malam Nostalgia “Down Memory Lane” akan diadakan pada 1 November 2024 di Pullman Waterfront, Miri. Foto Facebook Yayasan Artis Vereran Malaysia

Lagenda Pop Yeh Yeh warnai pentas Malam Nostalgia di Miri pada 1 Nov

ByVanessa Enjop

MIRI, 23 Okt: Barisan lagenda Pop Yeh Yeh seperti Datuk Jefrydin, A. Rahman Onn, J. Sham dan S. Mariam bakal mewarnai pentas Malam Nostalgia ‘Down Memory Lane’ pada 1 November ini di Pullman Miri Waterfront di sini.

Acara istimewa anjuran Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) itu bertujuan bagi mengumpul dana Tabung Kebajikan Artis Veteran yang memerlukan bantuan.

Pengerusi YAVM, Sandakiah Azez berkata bagi menghidupkan semula era 60-an dan 70-an, penyanyi yang menyerupai vokal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, P. Radhi juga bakal beraksi.

“Persembahan 23 buah lagu tanpa henti akan diiringi oleh Sandpepper Band dan penari-penari dari Gah Rentak.

Pemilihan lagu-lagu dibuat dengan teliti bagi memastikan ia nya lagu-lagu ‘sing-along’ serta memberi kepuasan kepada para tetamu yang hadir,” katanya.

Sandakiah dengan ini mempelawa peminat irama Pop Yeh Yeh di sekitar Miri termasuk dari negara jiran, Brunei Darussalam untuk memeriahkan malam nostalgia itu nanti.

Tiket Malam Nostalgia ‘Down Memory Lane’ dijual dengan harga bermula dari RM200 seorang termasuk makan malam.

Tempahan boleh dibuat melalui laman Facebook “Yayasan Artis Veteran Malaysia”, TikTok “yavm.dihati” atau hubungi hotline +6010 456 6776 . -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan