Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta terbakar selepas bertembung dengan van di Jalan Stakan, Kota Sentosa, Kuching, awal pagi tadi. Foto JBPM

Kereta terbakar selepas bertembung dengan van di Jalan Stakan

KUCHING, 23 Okt: Sebuah kereta terbakar selepas bertembung dengan van di Jalan Stakan, Kota Sentosa, di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Abdul Hakim Supian berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.34 pagi dengan menggerakkan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton BLM terbakar keseluruhan akibat kemalangan dengan sebuah van.

“Bagaimanapun, insiden ini tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba melakukan pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula (hosereel) satu nozel sumber air dari pam jentera sehingga api padam sepenuhnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan