Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kenderaan milik Jabatan Imigresen terbakar di Pejabat Imigresen, Jalan Pending, Kuching, awal pagi tadi. Foto JBPM

Kenderaan milik Jabatan Imigresen diparkir terbakar

KUCHING, 23 Okt: Sebuah kenderaan milik Jabatan Imigresen terbakar di Pejabat Imigresen, Jalan Pending di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Radin Enau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.27 pagi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah kenderaan Jabatan Imigresen yang diparkir di sebelah bangunan pejabat musnah terbakar .

“Kebakaran berjaya dikawal dari merebak ke kenderaan lain dan dipadam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba melakukan pemadaman dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula satu nozel sumber air dari pam jentera sehingga api padam sepenuhnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan