Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhamad Hafiez Shafie dan Siti Lydiawati memberikan tumpuan sewaktu membacakan ayat suci Al-Quran. Foto TVS

Juara bertahan diet, peserta baharu teruja sertai tilawah Al-Quran

SADONG JAYA, 23 Okt: Juara bertahan selama enam tahun berturut bagi pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Samarahan sejak dari tahun 2017, Muhamad Hafiez Shafie, 31 mengakui dirinya terpaksa melakukan diet selama lima hari sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan tilawah Al-Quran tahun ini.

Selain diet, anak muda kelahiran Kelantan itu turut melakukan senaman berjogging di kawasan perumahannya yang terletak di Desa Ilmu, Kota Samarahan

Hasilnya, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram sekali gus membolehkannya bernafas dengan lebih panjang berbanding sebelumnya.

“Sebenarnya saya dapat ilmu ini dari satu Qariah Antarabangsa dari Semenanjung, Hajah Fasihah kalau tidak silap saya (di mana) dia mencadangkan supaya peserta (Tilawah Al-Quran) mengurangkan lemak di dalam badan.

“Rupanya lemak ini akan mengganggu pernafasan kita (dan) apabila kita diet, secara automatik kita akan melakukan senaman (dan) senaman itu bagus untuk nafas dan memanjangkan pernafasan,” katanya lagi

Sementara itu bagi peserta yang baharu pertama kali menyertai pertandingan Siti Lydiawati Sahmat, 42, teruja kerana pertama kali dapat menyertai pertandingan itu selepas kali terakhir menyertai pertandingan seumpamanya belasan tahun lalu ketika masih muda.

Bertugas sebagai Penolong Pendaftar Kanan di bahagian Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (CALM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) katanya, bapanya, Sahmat Materang banyak membantu dirinya meningkatkan kualiti pembacaan Al-Quran sejak dari kecil sehingga menjadi ibu kepada empat cahaya mata.

“Setakat hari ini bapa saya Sahmat Materang yang masih setia mengajar. Disamping itu saya juga menyertai kursus-kursus tambahan, kursus-kursus insentif yang diadakan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan juga Persatuan Guru-Guru Al-Quran,” katanya lagi.

Sementara itu, Pegawai Daerah Asajaya, Jerry Zannuddin Bidin berkata, selain penyertaan peserta baharu, aspek hiasan turut dipertingkatkan dalam memberikan perubahan kepada suasana pertandingan yang diadakan secara tahunan itu.

“Setiap tahun kita sebenarnya mengharapkan peserta (tilawah Al-Quran) terdiri daripada orang baharu kerana kita ingin pelbagaikan penyertaan dari segi peringkat umur, golongan dan sebagainya.

“Kita sentiasa menggalakkan penyertaan peserta baharu yang akan masuk (bertanding) dan dia (peserta) boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi, dari segi tata hias pentas dan sebagainya, setiap tahun kita akan naikkan taraf. Seperti tahun ini kita akan tambah segala perhiasan supaya ia setaraf dengan penganjuran (acara) yang boleh dibanggakan di peringkat bahagian,” katanya lagi

Seramai 10 Qari dan Qariah bertanding malam Selasa sebelum dua lagi qari dan qariah akan bertanding pada malam Rabu dengan majlis penutupan yang akan disempurnakan oleh oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Datuk Ir Aidel Lariwoo. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan