Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Serian telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara Rondaan Pemantauan dan Penguatkuasaan (RPP) di sekitar jalan Kota Samarahan dan Serian. Foto JPJ Sarawak

JPJ Serian keluarkan 7 notis ketidakakuran dalam Ops Khas Kenderaan Perdagangan

SERIAN, 23 Okt: Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Serian telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara Rondaan Pemantauan dan Penguatkuasaan (RPP) di sekitar jalan Kota Samarahan dan Serian semalam.

JPJ Sarawak dalam kenyataannya berkata, Unit Operasi JPJ Cawangan Serian telah mengesan beberapa kesalahan termasuklah kesalahan tidak mempamer nombor pendaftaran dan kesalahan teknikal yang lain.

“Sebanyak 77 buah kenderaan telah diperiksa dan sebanyak tujuh notis ketidakakuran telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Kenderaan Perdagangan itu,” katanya.

JPJ Negeri Sarawak meminta agar semua pengguna jalan raya hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya setiap masa.-TVS

Tags: JPJ, RPP

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan