Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hubungan kukuh antara Sarawak dengan pelabur asing menjadi kunci kepada merealisasikan hasrat Sarawak menjadi hab automotif dan seterusnya mengukuhkan kedudukan wilayah tersebut dalam sektor perdagangan antarabangsa melalui aktiviti eksport sebagai pembekal komponen alat pemasangan kenderaan. Foto TVS

Hubungan kukuh antara Sarawak dan pelabur asing kunci jadikan Sarawak hab automotif

ByAdlina Rahman

KUCHING, 23 Okt: Hubungan kukuh antara Sarawak dengan pelabur asing menjadi kunci kepada merealisasikan hasrat Sarawak menjadi hab automotif dan seterusnya mengukuhkan kedudukan wilayah tersebut dalam sektor perdagangan antarabangsa melalui aktiviti eksport sebagai pembekal komponen alat pemasangan kenderaan.

Pensyarah Kanan (Pengurusan) Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Aila Abd Latif berkata, untuk itu Sarawak perlu membangunkan infrastruktur yang baik selain memilih lokasi yang strategik untuk membangunkan sektor automotif itu di sini.

“Kita mahu menarik lebih banyak pelaburan asing secara langsung iaitu FDI. (Untuk itu) dari segi lokasi, walaupun Sarawak merupakan lokasi yang strategik, kita juga perlu menjadi lokasi yang menarik untuk daya tarikan pelaburan asing.

“Ifrastruktur baik menyokong industri itu turut perlu diperkukuhkan dan akhirnya ia akan meningkatkan keterhubungan kita dengan ekonomi global dan membuka kepada pasaran dunia,” katanya ketika dihubungi TVS pada Selasa.

Sementara itu, Aila turut menyatakan bahawa jika Sarawak menjadi hab automotif, ia turut dijangka membawa teknologi baharu ke dalam negeri serta melahirkan pekerja yang berkualiti dan berpengetahuan luas dalam industri itu.

“Jika ramai syarikat automotif antarabangsa menjalankan operasi pemasangan di tempat kita, pasti kita tidak boleh nafikan bahawa ianya akan membawa sekali teknologi baharu ke Sarawak.

Pengetahuan anak tempatan yang terlibat sebagai pekerja dan sebagainya dalam industri itu akan berkembang dan menjadi lebih maju. Inilah yang kita katakan pertukaran teknologi (technology transfer) daripada luar kepada pekerja tempatan dan kepakaran kita dari segi daya saing industri tempatan serta kualiti kerja kita akan meningkat,” ujar Aila.

Sebelum ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan impian beliau untuk menjadikan wilayah ini sebagai pengeluar automotif.

Beliau mendedahkan kerajaan kini sudah bekerjasama dengan syarikat pengeluar automotif antarabangsa dan turut menyimpan hasrat untuk mengeluarkan kereta yang dipasang di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan