KOTA SAMARAHAN, 23 Okt: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan memberkas seorang lelaki dan dua wanita kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, ketiga- tiga suspek seorang lelaki berusia 40-an dan dua wanita berusia awal 20-an diberkas di kawasan Kampung Sungai Jernang di sini, semalam.
“Hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis telah merampas satu paket plastik yang mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 60 gram bernilai sebanyak RM6,000.
“Ketiga-tiga saspek kemudiannya, dibawa ke Pejabat BSJN IPD Kota Samarahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, ujian air kencing telah dijalankan keatas ketiga-tiga saspek dan dapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
“Ketiga-tiga suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala ujian air kencing ketiga-tiga suspek yang positif disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
“Permohonan reman telah dipohon oleh pegawai penyiasat untuk memohon tahanan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan ke atas suspek,” jelasnya. -TVS